Cerita 1 Ramadhan kami

Harini dah masuk hari ke-10 kita berpuasa.  Ammi baru nak story pasal kisah 1 Ramadhan.  Ahaks.  

Alhamdulillah, Allah izinkan kami sekeluarga lengkap berlima sahur bersama.  Waktu berbuka dapatlah pula kami bersepuluh buka bersama.  Keluarga ammi 5 orang campur keluarga along 5 orang.  Alhamdulillah.

Nak buka bersama ni pun tak plan sebenarnya.  Ammi dok ingatkan along berbuka rumah mak mertua dia.  Yelah orang masih ada mertua.  Ammi suami isteri dah jadi anak yatim piatu.  Jadi ammi pun masaklah untuk kami je.  

Dalam pukul 5 lebih ammi sesajalah call along tanya dia masak apa bawak gi rumah ibu.  Sekali katanya, buka kat rumah ibu 2nd Ramadhan.  Dorang cancel buka beramai-ramai 1st Ramadhan.  Kalau dah gitu, kemari aja kamu ke rumahku.


Ini yang ammi masak.

Sup ekor lembu (tak ada dalam gambar)
Siput gonggong masak black pepper
Ayam goreng berempah
Sayur 
Nugget 

Nugget tu Kyra gedik2 nak juga.  Pastu dia minta juga abahnya belikan karipap.  Ishhh anak dara ni.  Baru puasa sehari macam-macam dia request macam dah lama nau berlapar.  Kakak ipar ada bekalkan tempoyak daun kayu, jadi kita keluarkanlah juga untuk suami dan anak bujang.  

Ini pun dah terasa banyak.  Sekali along datang dia bawak pulak juadah dari rumah dia.


Along buat kari kambing, raita timun, sayur goreng, jering dan kuih.

Ya Allah, punyalah banyak lauk dan percayalah lauk sebegini banyak cuma ada di Ramadhan pertama je.  Hari-hari lain kami cukup dengan 1 lauk dan 1 sayur je.  


Along ammi tengok budak-budak ni duduk makan kat bawah macam ni dia dah sebek dah.  Teringat masa arwah mama ada.  Memang anak-anak (masa tu droang kecik lagi) akan duduk reramai makan kat bawah gini.

Selesai berbuka dan solat maghrib along gerak ke Port Dickson hantar anak bongsu dia kembali ke KV, abah dan Kyra pulak hantar Khilfi balik ke Mozac.  

Pihak sekolah bagi kelonggaran untuk hantar anak selewat-lewatnya jam 10.30 malam.  Jadi memandangkan Johor cuti hari Isnin, Kyralah yang teman abahnya hantar Khilfi.  Ammi malas sebab risau lewat balik.

Post a Comment

3 Comments

  1. dan insya-Allah, walaupun lauk banyak..tetap akan habis bila makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. meriah dpt bersama keluarga ramai2 awal ramadhan...meriah menu...Siput gonggong tu kita mkn time outstation sabah tp panggil siput tarik

    ReplyDelete
  3. saya tak ada rekod kenangan puasa pertama tahun ni..berbuka sorang2 malas nak simpan kenangan nanti sebek macam along huwaaa

    ReplyDelete