Hadiah dari Kerajaan Kelapa

Haritu ammi join giveaway Kerajaan Kelapa dan Alhamdulillah, Permaisuri Cuya berkenan untuk memutarkan Wheel of Name dan nama ammi terpilih untuk jadi pemenang pertama.  Alhamdulillah.

Hari Isnin ammi balik kerja, yeayy dah sampai parcel dari Permaisuri Cuya.  Malam dah santai-santai barulah buka.  


Hadiah dari Istana Kerajaan Kelapa. Jadi memanglah kena warna kuning.  Tak rajalah kalau tak kuning.



Jangan dilawan titah Permaisuri.  Baik Permaisuri, hamba menurut perintah.


Dalam kotak ada sampul duit raya.  Ada bekas pensil ke bekas mekap ke ntah.  Tapi ammi plan nak letak duit kertas RM5 dalam tu.  Ada lotion, ada minyak wangi dan ada keychain.



Paduka Permaisuri yang buat sendiri.  Hamba sungguh terharu.


Ada minyak wangi juga.  Telah hamba masukkan minyak wangi ini ke dalam beg kerja.  Panjang betholll, mujur muat dalam bag hamba yang comel itu.

Semoga dimurahkan rezeki Paduka Permaisuri Cuya.  

Ini kali ke-2 ammi menang GA dari blog Cuya sebenarnya.  Yang pertama tu ammi dapat hadiah doodle dari Cuya.


Post a Comment

3 Comments