Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua.
Insyaallah kalau diizinkan harini hari ke-3 kita berpuasa. Semoga kita kekal diberi kesihatan yang baik hingga ke waktu berbuka nanti.
Hari Jumaat lepas ammi ke sekolah Kyra sebab ada Hari Diskusi. Sepatutnya lepas berdiskusi bersama guru di Segamat kami ada sessi Townhall pula selepas solat Jumaat di sekolah Khilfi. Tapi last minute townhall terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan sebab ada kekangan untuk program tersebut. Fuhhhh lega juga bila dibatalkan. Sebab macam terkejar-kejar wooooo dari Segamat ke Ayer Keroh dihari Jumaat.
Seawal lepas Subuh kami dah gerak ke Segamat. Mulanya plan nak gerak sebelum Subuh tapi kita merancang. Boleh pulak ammi gi matikan alarm clock yang biasanya bunyi pukul 5. Sudahnya terlajaklah sikit.
Member di belakang tau-tau dah lena diulit intan. Ammi memang bawakan selimut untuk dia, sebab dia sejenis tak tahan sejuk.
Ammi sampai je di kaunter pendaftaran, sebut nama anak dan adik yang jaga kat situ kata "ohhhh Kyra Kamarulzaman". Jumpa setiap cikgu dia, semua cikgu kata dia super active, super ceria, dan penggerak tenaga dalam kelas. Apakah??
Beratur untuk berjumpa cikgu paling top. Cikgu AddMath. Huhuhu..sangat panjang barisannya.
Selesai semua marilah ke asrama dia pulak. Sekolah dia yang luas pun boleh tahan sesaknya dek kereta ibu ayah.
Masuk je kereta ayat dia "abah tak kesian ke kat kakak? kakak tak sarapan pun dari pagi". Ehhhh yang tak pergi sarapan dah kenapa? Dia sibuk bertugas katanya. Maka singgahlah kejap kat 7Eleven beli apa yang patut.
Kami sampai di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil ngam-ngam waktu nak solat Jumaat. Memang sengaja kesini terus sebab disitulah budak-budak Mozac biasanya solat Jumaat. Sebelum sampai sini kami lalu di dalam UTeM, dan nampak ramai budak-budak Kolej Yayasan Saad turun bus nak solat Jumaat disitu. Ohhh disitu rupanya mereka solat.
Bus kedua sampai menurunkan anak-anak Mozac. Ammi ni tercari-carilah anak bujang ammi di antara mereka-mereka yang berbaju merah ni, sekali ehhhh tau-tau anak dah buka pintu kereta. Bila dia lalu, ammi pun tak perasan. Dia berjaya naik bus pertama rupanya.
Singgah makan tengahari di Malim, lepas tu marilah kita pulang ke pangkal jalan. Mujur jalan tak jam dari Melaka ke Seremban.
Dan selepas kami balik, dikhabarkan berlaku satu kemalangan maut berhampiran sekolah Mozac ni. Kemalangan yang membuatkan jalan jam sampaikan bus giliran ke4 dari masjid tersangkut lama dalam jam.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan semoga keluarganya tabah.
3 Comments
Yeay..semua balik berpuasa kat Seremban ye...x sabar nak baca kisah mereka lagi..Al- Fatihah buat mangsa kemalangan...allahu sekarang makin ramai yang meninggal kemalangan...
ReplyDeletesedeynya tgk gmbr yg last tu...innalillah wainna ilaihi rajiun
ReplyDeleteYa Allah...saya x sanggup nak tgk kemalangan tu...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...
ReplyDelete