Kemas kubur

Balik dari membeli bakul Kyra dan barang-barang keperluan, kami solat Asar dulu pastu marilah gerak ke persinggahan terakhir mama, aca dan adik ammi.  Ammi ajak juga along sekali.  

Mula-mula plannya nak ke kubur aca dan mimi dulu sebab dekat tapi mujurlah anak buah ingatkan kami yang kubur arwah mama ada waktu ziarahnya.  Cuma sampai pukul 6 petang je.  Makanya, zaasss kami ke situ dulu.


Kami je ke sini.  Along terkandas tak sempat nak kesini.  Mujur juga kubur mama tak bersepah sangat.  Ada juga kubur lain yang ammi tengok agak tinggi rumput sekelilingnya.  


Yang si kecik ni membebelllllll je tak sudah-sudah.  Dia doklah bercerita muma tak pernah marah dia, muma terpaling sayang dia, muma suka masakkan apa untuk dia.  Pastu dia letak topi yang dia pakai kat batu nisan muma.  Katanya "mesti muma rasa tak panas sekarang ni".  

Selesai di Ainsdale kami terus ke Makam Tuan Haji Said.  Disitulah bersemadinya arwah ayah dan adik ammi.  They were there since 1999 and 2004.  Sampai situ tengok along anak beranak dah mula mengemas kubur arwah mimi.

Kebetulan sebelum datang ke sini ammi memang ada beli tanah sebab kebiasaanya kubur kat sini memang mendap.  


Sebelum dicuci.  Nanti angah carikan batu comel-comel untuk awak ye Mimi.  Batu yang dulu angah letak atas kubur awak dulu tu mana ntah hilangnya.


Abang ipar naik ke kubur arwah aca dengan anak-anak.  Dan dia decide untuk tidak cabut rumput di atas kubur aca sebab dah elok cantik pulak tumbuhnya.  At least ada rumput atas tu kuranglah kot mendap tanah kubur tu.  Mereka cuma trim je rumput tu bagi pendek.

Alhamdulillah.  Selesai kami kemaskan kubur kesayangan kami sebelum tibanya Ramadhan.

Anak-anak ammi memang tak pernah langsung jumpa dengan arwah ayah dan adik ammi.  Cuma Alya dan Daniel je pernah jumpa arwah Mimi itupun hanya Alya je yang ingat sebab masa Mimi meninggal usianya dah 4 tahun lebih.  Daniel masa tu baru je 2 tahun.

Post a Comment

10 Comments

  1. rindu yg tak bertepi...arwah ayah MZ meninggal masa umur zharfan 4 tahun, so dia ada jugak memori bersama tok ayah (naik motor ptg2 gi ronda2 sawah padi etc). ariff tak kenal tok ayah sbb my dad meninggal 2 bln lps ariff lahir.. :(

    ReplyDelete
  2. Bagus anak-anak ziarah kubur. Lagi-lagi bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  3. PH pun ke makan bonda Jumaat kelmarin. Rindukan dgn mak ayah kita 🥺

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah utk insan2 tersayang yg telah meninggalkan kita semua.. rindu opah saya

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita...kita pun bakal menyusul jua satu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah... rindu arwah atuk dan p.long Aini..

    ReplyDelete
  7. Rindu paling sakit, rindu kepada mereka yang awal meninggalkan kita kan..Al-Fatihah untuk semua kesayangan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Bagus bawa anak-anak sekali, tempat kita juga satu hari nanti.

    ReplyDelete