Bertuah atau malang?

Hari Isnin masa balik kerja ammi tengok tak ada bus yang berbaris untuk ambil penumpang macam biasa.  Ada satu bus ni je dan ammi pun sambunglah beratur.  Di belakang ammi slowly datang sorang demi seorang.

Sampai giliran ammi, ohhhh saya penumpang terakhir itu rupanya.  Penumpang bertuah yang dapat juga naik satu-satunya bus yang ada, tapi malang juga sebab terpaksa duduk di seat paling belakang.  Ditengah-tengah alam pulak tu sambil di apit oleh dua lelaki dikiri dan kanan.  Mujur juga lelaki itu bersaiz normal.

Kalau size besar sikit mcm abang didepan ini, ahhhh matilanak.


Ammi ok je duduk seat paling belakang, tapi bukan seat yang ini sebab bila duduk kat sini terasa sangat insecure dan rasa macam nak melayang pun ada nak-nak bila driver ko sejenis yang brake 88 kali dalam seminit.  Ohhh over sangat itu Sharmila.  Ahaksss.

Kak SA mesti tau macam mana uncle driver Cina bus A Class warna merah tu bawakkan.  Ganas woo.


Semua orang tenang dikedudukan masing-masing kecuali ammi.  Aduhaiii.  Nak tidur pun tak senang sebab rasa nak tertungkup ke depan.

Tapi bersyukurlah sebab dapat naik bus daripada tersangap kat Puduraya yang panas tu tak de bus.

Post a Comment

2 Comments

  1. mcm2 ragam yer bila naik bas...yg penting selamat sampai ke destinasi!

    ReplyDelete
  2. Walaupun dana sangat jarang naik bas, tapi tahu kedudukan kerusi tu. Tengah-tengah takde tempat untuk kita harapkan kalau driver bas bawak laju. Silap sikit boleh meluncur tengah2 hahahha

    ReplyDelete