Hari Sabtu adik ammi sekeluarga datang tidur di rumah. Lama dah tak gomol si kecik yang banyak akal ni.
Sanggup tahan mata sebab nak main. Poppy pun sangat bagi kerjasama. Dia layan je "adik" dia main. Ye poppy tua berapa tahun ntah dari Dharwish ni. Kiranya poppy tu anak ke-2 abi lepas abang Juna.
Ahad kami ada jemputan di rumah makcik. Selesai di sana jomlah ammi belanja dia buat akupuntur jap. Dah alang-alang adik ada kat Seremban. Dia setiap hari sekarang ni awal pagi akan rendam tangan dalam air panas sebab tangan kiri dia tak rasa/kebas. Suruh gi clinic jenuh. Ini memang masalah problem orang lelaki agaknya...takut gi jumpa doktor.
Ammi pun lately ni kerap kena kebas tangan especially masa tidur. Ammi tidur dalam bus, tangan elok je kat bawah pun kebas gak belah kiri. Masalah genetik ke apa agaknya ni?
Dia tengok abi dia kena cucuk dia terus cebek-cebek muka. Good boy anak soleh abi ummi ni.
Ammi selalu kebas dan sakit leher sebelah kiri. Ammi taktaulah sakit leher ni effect lepas makan ubat kolestrol ke, tapi rasanya lenguh sepanjang masa leher ni. Nanti masa jumpa doctor bulan 5 nanti nak tanyalah juga. Lagi satu mengantuk. Mengantuk weiiiii. Bangun tidur pukul 5 pagi. Sesiap gi kerja, naik bus lepas Subuh, naik bus macam tak menyempat2 nak tidur rasanya. Balik kerja pun sekarang ni ammi akan tertidur dalam bus. Selalu ammi jarang juga tidur. Apakah ini effect ubat?
Sebab ammi sakit tengkuk, dia cucuk gak kat sini. Ammi tak perasan pun ada satu kat belakang. Ammi nak pusingkan leher rasa sakit tu yang adik ipar cakap "ado soo lagi belakang tu ngoh".. ooooo patutlah.
Dan sebab saya perempuan saya dapat satu lagi di dahi. Adik ammi cakap "eh saya tak ada dekat dahi?"... tabib tu cakap "ini untuk cantik, perempuan saja". Uihhhh lepas ni korang jangan jeles kalau ammi tetiba jadi cantik. Ahaksss.
RM30 je per session untuk 30 minit.
Punca ammi entahlah yang mana satu. Ammi ada darah tinggi dan tengah makan ubat kolestrol. Bab kekurangan vitamin bagai tu ntahlah. Nantilah kita refer kat doctor dulu.
4 Comments
sakit tak masa dia cucuk2 tu? ada rasa apa2 perubahan selepas treatment ni?
ReplyDeleteakak lately ni ada la sesekali kebas tangan kiri , maybe sebab penggunaan telefon bimbit tu kot...
ReplyDeleteTeringin tapi tengok jarum banyak gitu jadi seriau lak kak oi
ReplyDeleteSaya pun perasan lepas makan ubat kolestrol kaki mcm x kuat...tanya doctor ada effect apa2 ker kalo makan ubt kolestrol tu...dia kata ada yang effect dekat hati tapi minor cases sahaja...Wallahua'lam...
ReplyDelete