Kalah disana menang dihati

Khamis dan Jumaat lepas bermulalah perjuangan Alip untuk mewakili sekolah buat pertama kalinya semenjak dia bergelar pelajar.  Dia bersama 7 lagi kawan berganding bahu buat yang terbaik untuk sekolah mereka.


Handsomenya budak yang disebelah Alip tu.  



Aturcara program kita simpan di sini untuk kenangan.  Alip kata sekolah ni besar sangat.  Besar level apa ntahlah.



Cikgu pengiring kongsi gambar ni.  Ingat kat rumah je dia duduk "katak" gini, rupanya dimana-mana pun gitulah juga duduknya.  Kena banyak ajar dia makan duduk dibawah sambil bersila kot.


Ini opponent pertama Alip, dan Alip tewas.  Its ok.  Ammi ni gigih check result dia secara online dari office lepas habis tiap satu game.



Ini ammi tak tau opponent ke berapa.

Keseluruhannya daripada 8 perlawaanan dia cuma menang 3, seri 1 dan selebihnya kalah.  Ammi tengok ranking dia pun agak besar.  Tapi takpe, ammi balik kerja ammi tetaplah peluk juga.  Biar kalah dengan pihak lawan awak tetap juara abah ammi sebab kat dalam rumah memang dialah terpaling juara main chess.  Dia titikkkkk je orang-orang dalam rumah ni.



Latihan di hari terakhir sebelum pertandingan.  Kedudukan keseluruhan, sekolah anak ammi ditempat yang ke-22.  

Tak apa, next year kalau berjaya wakil sekolah, awak cuba lagi.  Kena banyak hantar masuk tournament tapi tulah masalahnya.  Kalau masuk tournament dah macam ammi sekali yang masuk bertanding sebab dah tentu-tentu kena tunggu kat sana sampai habis 7 round.  Dari pagi sampai ke petang.  Ponekkkk.

Post a Comment

0 Comments