Kari Kambing Kerala

Masa balik ke Melaka sebelum hari Raya tu ammi ni taklah balik tangan kosong je.  Ammi dah sesiap masak kari kambing dari Seremban.  

Beriya ammi tengok video masakan kat Youtube sebab ammi teringat kari version mendiang nenek ammi.  Jadi ammi pun cari resepi dengan kata kunci "Kerala Mutton Curry".  Dan akhirnya ammi rasa inilah resepi yang terpaling hampir dengan yang nenek ammi buat.  Tapi masa nenek ammi masak dulu dia giling semua bahannya selepas disangai.  Ammi guna yang powder je.

Nenek ammi dah tak makan daging since awal 90an sebab dia bernazar kalau cucunya yang pada ketika itu tengah belajar Medic kat India sihat seperti sediakalah dia akan jadi  vegetarian.  Abang sedara ammi masih hidup hingga hari ini diusia 50an kot walaupun dengan menggunakan "mechanical heart" yang perlu diganti setiap 5 tahun kalau tak silap ammi.  Begitulah dia "a doctor with an artificial heart" ahaks.


3 kg kambing.  Resepi tu untuk 1kg kambing jadi ammi darab 3 setiap satu bahan.  Alhamdulillah sedap dan ammi yakinlah nak kongsi kat sini.

Bahan Perapan Kambing
  • 1kg kambing (campurlah daging dan tulang)
  • 1/2 sudu makan lada hitam tumbuk
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1/2 sudu makan jus limau
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan rempah kari daging (ini tak ada dalam resipi asal tapi ammi letak sebab macam confuse pulak masak kari tak pakai serbuk kari)
Caranya - ko gaul mesra semua bahan di atas dan bila dah mesra baru masukkan secawan air dan mesrakan lagi.  Pastu kalau nak cepat ko masukkan je dalam pressure cooker dan masaklah guna high pressure selama 40minit.

Sambil-sambil nak tunggu daging tu masak, korang bolehlah menangis sambil hiris bawang-bawang untuk proses seterusnya.

Bahan Kari
  • 200gram bawang kecil (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang merah (dihiris nipis)
  • 1.5 inci halia (dicincang)
  • 8 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji cili padi
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 biji tomato (didadu)
  • Daun kari
  • Daun ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam 3-5 sudu makan je.  
  2. Tumis bebawang hingga kelayuan, masukkan halia, bawang putih, cili padi dan garam.  Biar dia melayu dalam kuali tu.
  3. Kemudian masukkan rempah-rempah tu dan kacau je dengan api yang kecil.  Bila rasa rempah tu dah masak, masukkan tomato dan masak sampai tomato tu hancur.  Masa ni korang boleh tambah air sikit supaya tak hangit. Proses ni lebih kurang 20 minit juga sebab ammi nak pastikan rempah tu masak betul.
  4. Pastu bolehlah masukkan daun kari dan daun ketumbar.
  5. Masukkan kambing yang dah dihigh pressurekan tadi.  
  6. Tambah air kalau tak cukup, dan perasakan hingga sesuai rasanya. 
  7. Bila rasa semua dah ok, masukkan lagi daun ketumbar dan lada hitam.
Nota:  Kari ni versi yang pekat dan kurang berkuah jadi tak perlulah banjir sangat.  Sebab konsep orang India kan makan dengan tosei, capati, idli.  Yang penting no santan jadi kuranglah juga kerisauan kari cepat basi.

Yang gembiranya ammi tak balik Melaka dengan tangan kosong.  Yang sedihnya sekarang, ammi ambil gambar kari yang dah siap tu guna phone siapa?  Dalam phone Abah takda, Kyra takda, ammi takda.  Nak check dalam phone Khilfi, eh jeng jeng jeng...telephone dia tak ada dirumah.  Ammi check balik gambar yang Mak Nora (adik ipar ammi) hantar.  Sah telefon itu ditangannya.


Marilah kita check lokasi telefon dia sekarang ni.


Tu dia, lokasi terakhir dia di Taman Paya Rumput Perdana.  Hari yang ammi buat auto publish ni (sekarang ni pukul 6.15 petang, hari Ahad) hari anak-anak perlu kembali ke asrama.  Khilfi dah balik ke Melaka hari Sabtu ikut Pak Asrulnya sebab nanti Pak Asrul yang akan hantar Khilfi balik ke asrama.  Khilfi pun dah sampai di asrama.  Jap lagilah ammi confirmkan dengan Asrul ni.

Harap-harap memang dia tinggalkan telefon tu dengan Pak Asrulnya.  Tak pun dia tinggalkan pada wardennya.  Kamu jangan macam-macam ye anak bujang ammi.  Kalau kena rampas setahun ye telefon tu disimpan disekolah.  Tak ada kuasa ammi nak merayu dengan warden.

Post a Comment

4 Comments

  1. awat tkde gmbr menu lps dh siap tu :-p kita fav apa jua masakan kambing hehe

    ReplyDelete
  2. Alamak....sedap plak baca tajuk je...memang tgh teringin nak makan kari kambing atau apa aje yg namanya kambing

    ReplyDelete
  3. linda memang tak reti masak kalau guna banyak2 rempah ratus nie...sebab kat rumah takde bahan2 nie...kikiki...rumah kita simple2 je..
    harap nya telefon khilfi tu ada dekat warden @ pak Asrulnya... kalau kena rampas, jenuh

    ReplyDelete
  4. Perlukan kerajinan tahap mega ni Ammi hihi....tp confirmed la hasilnya letops ye 😋

    ReplyDelete