Kalau minggu lepas Kyra wakil sekolah, minggu ni giliran Alip pulak. Hari Khamis dan Jumaat ni ada pertandingan catur peringkat MSSD.
So setiap malam sekarang ni bermula last week, balik je dari mengaji dia akan main online chess. Ada group yang coach create dan ada homework kena buat untuk mantapkan skill.
Kejap golek dalam bilik, kejap kat hall. Kejap pakai phone abah, kejap pakai phone kakak. Phone ammi?? Tak payah. Ammi nak hadap apa kalau awak pakai phone ammi?
Ammi ni sampai mengantuk tunggu dia selesaikan homework chess. Bila dah selesai ehhhh dia ke dapur. Ingatkan nak minum air ehhh sekali ammi dengar bunyi dapur gas. Dia masak maggi pulak. Ehhh memandai je ek on dapur tu. Titik tangan tu karang.
.png)
Merasmikan laptop baru ammi. Katanya "nanti alip belagak dengan kakak abang, alip yang pakai dulu". hahahah..
Semoga berjayalah pertandingan catur tu nanti ye anak.
4 Comments
all the best alip!
ReplyDeleteAll the best ya!. Kadang whatsapp adik...lama betul nak menjawabnya. Rupanya bagi anak dia main game kat phone. Hmmmm patut la.
ReplyDeleteGood luck Alip...u can do it....
ReplyDeletewah...practice makes perfect
ReplyDelete