Makan apa di MyViets

Hari Raya ke-3 selepas selesai urusan buat cabutan sijil kelahiran Kyra, kita terus je ke Seremban Gateway tu.  Memula sorang nak makan Dubuyo, sorang nak sushi, abahnya nak nasi kandar pastu tukar pulak selera ke Vietnam.  Ammi nak makan stimbot.  Sudahnya kita lat tali lat. Dan abah yang menang.  


Kita order 

1.  Rice with Fried Butter Chicken
2.  Spicy Noodle Soup Brisket
3. Dumpling with Chicken Soup
4. Spicy Beef Fried Flat Noodle
5. Spicy Noodle Soup Tenderloin


Abah punya Rice with Braised Beef Shank.  Lambat nau sampai menu ni...kitorang ambil gambar dan makan dulu.  Ahaks.

Ammi pun taktau apa punca ammi kena cirit birit.  Kalau kata lepas makan disini dan kena, menu ammi dan kyra sama cuma bahagian daging tu je yang berbeza.  Dia tenderloin, ammi brisket.  Yang lain semua sama.

Gambar air kami lupa nak ambil.  Kyra order Strawberry Flower Tea.  Terbayang-bayang rasa strawberrry tapi hmmm pahit uolls.

Post a Comment

10 Comments

  1. i tak pernah mkn sini..anyway bab2 mkn selalunya kami folo taste mr hubby sbb dia yg paling fussy eater...me and my boys flexi

    ReplyDelete
  2. menarik juga menunya ..tk pernh try lg myviets

    ReplyDelete
  3. Steady abahnya menang 😬

    ReplyDelete
  4. Sedapnya menu Vietnam.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  5. Sebelum Dania balik Kolej bleh la ajak dia pi makan sini...banyak menu sedap tu..mana tau kena plak ngan slera mama nyer yang pahit selalu ni

    ReplyDelete
  6. fav my girl ni,bulan puasa hari tu tiap2 minggu minta tapaw untuk dia..
    selamat hari raya ami..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
  7. nak gie gak try makan sini, x pegi2 lagi

    ReplyDelete
  8. Kata abahnya nak nasi kandar.. tiba tiba makan lat tali lat abah menang.. hahaha.. jarang ada peluang nak makan di Seremban Gateway tu.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan masakan Vietnam. Susah bila kena cirit birit. Terseksa.

    ReplyDelete
  10. JD rindu makanan Vietnam lagi. Ini tulisan trakhir pas trip ke Vietnam blm lagi ditulis , masih menulis yg lain saja 🤣.

    Nampak sedap myviets ini ya kak. Nantilah sept saya ke KL, nak coba juga

    ReplyDelete