Ini kejadian hari Khamis lepas, lebih kurang jam 11 pagi ammi ke Tabung Haji dulu buatkan akaun Kyra dan Khilfi. Alip ammi dah buat haritu sebab dia ada MyKid yang dalam tu memang ada nama ammi. Untuk yang dah ada mykad dan dibawah usia 18 tahun, kena bawa surat beranak yang ada nama salah sorang parents.
Tapi sebelum ke Tabung Haji, korang kena download dulu apps THiJARI dan masukkan maklumat anak. Kiranya pergi ke TH nanti untuk verify je.
Ammi memang malas je nak masak sebab perut meragam manja masa tu. Tengahari tu kami makan je lauk frozen yang dibawa balik dari Melaka. Usai maghrib moh le gi cari makan kali ke berapa ntah kami makan di sini. Abah suka daging goreng kunyit di kedai ini.
Terletak di Gerai MBS, Taman Paroi Jaya. Betul-betul berdepan dengan Kedai Kerepek Paroi. Konsepnya ko gi kat depan tu, order, bayar dan duduk.
Ammi order grilled chicken
Khilfi ambil Nasi Goreng Creamy Chicken
Kyra ambil Aglio Olio tapi podeh wehhhh. Memontang kodai eh kek negeri sembilan dibantai eh lotak cili selambak gak eh
.png)
Kami tapi yang ada dalam gambar hanyalah heroes kami.
Hampir 40 minit menunggu, hidangan abah & alip tak sampai-sampai. Mujur juga dia ada cukai lauk kitorang sesudu dua. Kalau tidak kesian dia lapar bila lauk orang lain dah habis. Dorang order nasi goreng daging kunyit dan abah punya daging kunyit cili padi.
Abah panggil budak yang hantar-hantar lauk tu dan soalan tenang abah buat ammi macam nak tersedak "dik, cuba check kat tukang masak agak-agak tahun 2026, 2 lauk ni boleh siap tak?" sambil tunjuk kat resit nama 2 menu yg tak sampai tu. Memang tenang nadanya tapi sinis nau ayat tu Abah ooooiii. Terkulat-kulat muka budak tu.
Kejap tu sampailah lauk, dan tak perlulah tunggu sampai 2026 baru dapat makan.
12 Comments
sesekali ayat sedas macam tu lah. Tak marah tapi ayat makan dalam. Kadang yang lambat dapat dulu dari kita. Mana tak bengang. Hidup daging kunyit....yeh
ReplyDeleteKalau dh lambat smpai nya mmg kena la ayat sinis tu hahaha...
ReplyDeletePerghhhh makan dalam ayat abah tu 🫣
ReplyDeleteLambat plak servicenya yer..akak nak guna la ayat abah tu next time....hahahaha...akak tau tempat ni...selalu pi beli keropok kat Paroi tu...
ReplyDeleteNasi goreng khilfi tu nampak sedap betul ammi
ReplyDeletehahaha... abahnya pun.. ayat pedasss... montang2 kek nogori sombilan, dari masak lomak, ke aglio olio sampai ke ayat pun podeh
ReplyDeleteAfterwork Kitchen... catchy pulak nama kedai tu
ReplyDeleteNampak sedap menu ammi dan khilfi punya.
ReplyDeleteHaha terus kena perli sedasss
memang geram la kalau lauk yg kita order sampai lewat! Jika 40 minit x sampai2 kita bakor je la!
ReplyDeleteHahahahahah sindirannya langsung tembus ke jantung chef kalo dia dengar 🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteHehe... kena sedas sebab lambat siap. Siapalah yang tak bengang kan, lambat benor nunggunya.
ReplyDeleteaduhai sampai 40 minit lamanya tunggu tak sampai-sampai hehehe mmg terkulat2 lah nak jwb hehehe
ReplyDelete