Malas masak

Hari Jumaat lepas ammi tak kerja.  Tak juga bekerja dari rumah.  

Pagi ammi buatkan sarapan Alip ke sekolah pastu ammi sarapan sikit, makan ubat dan baring.  Lain maciam pulak senggugut kali ni.  Mujur juga petang semalamnya boss dah bagi greenlite takyah masuk office hari Jumaat.

Lebih kurang pukul 10 pagi abah dah ke Melaka sebab ada nak jumpa orang dan terus jelah jemput Khilfi lepas solat Jumaat.  Alip, ammi dah minta cikgu dia hantar balik terus ke rumah lepas game catur.

Walaupun dok terperap dalam rumah ammi tetaplah malas nak masak, malas nak bergerak.  Untuk lunch ammi makan je leftover lauk semalam dan Alip makan makanan yang cikgu bekalkan.  Malam tu marilah kita makan diluar je.  

Lama dah tak makan di PAKAR Paroi.  Teringin nak makan sate sekali ehhh sampai situ kedai sate tutuplah pulak.  Kat PAKAR ni yang paling top sekali mee udang dia.  Ammi pernah rasa dan hmm ada mee udang yg lebih umpphhh lagi dari yang disitu.  So, kita tak repeat order disitu.

Kami makan di gerai no. 1, ini gerai bassist Laksamana.  Ammi lupa, kalau ke kedai ini patutnya order Mee Hailam special, sebab itulah specialty kedai ni.  Kedai lama dia dululah sebelum dia pindah ke PAKAR ni.  Tapi itu kalau tangan yang sama yg masak, samalah kot hasilnya.


Tapi, boleh tak bila Ammi lalu je ternampak menu "kembung cili api petai".  Ok kita lock menu ni.  Terlupa pasal mee hailam.


Khilfi dari dalam kereta sebut, abang nak makan nasi goreng kampung.  Lama dah tak makan lauk pedas kat asrama.  Sekali bila sampai hmmmm memang tak pedas langsung.  Terpaksalah dia minta cili potong je.

Ammi cakap lenkali nak pedas masa order kena sebut "nasi goreng kampung pedas melahar".  Seketul ni bila tang makan dia sebijik macam abah.  Nak pedas sentiasa.  Tapi ehhh perangai dia pun banyak macam abah kot...dia sejenis yang cool, chill je macam tak ada perasaan.


Abah order mihun sup.

Alip order terpaling susah.  Ayat dia masa nak order tu.  "Alip rasa macam haus je dari tadi, alip nak order yang ada kuah.  Alip nak maggi sup boleh?".... ehhhh ko ni.  Haus minum air bukan hirup kuah masin. 

Order maggi sup je, tapi itulah menu terpaling lambat sampai.  Susah nau membuatnya.



Dan ammi, selepas kecewa tak de sate, ammi order jelah nasi goreng Portugis dari kedai sebelah.  Sedap cuma kurang garam je.  Takpelah, mungkin tukang masak tau ammi tengah makan ubat darah tinggi tu yang dia kurangkan garam agaknya tu.  Ahaksss.

Balik malam tu isilah pulak google form sebab Khilfi salah sorang mangsa muntah-muntah selepas makan di DM.  Masalahnya benda yang Khilfi makan pada hari kejadian tak ada pulak dalam senarai makanan mengikut hari yang disenaraikan.  


Tapi tak apalah, ammi dah letak nama makanan yang Khilfi rasa penyebab dia muntah-muntah dan mual.  Semoga dapatlah disiasat.

Post a Comment

4 Comments

  1. wahhh siap ada google form tu utk those yg sakit2 lps mkn yer

    ReplyDelete
  2. wow..kalau ada pelajar sakit cirit birit ke sakit perut memang dia bagi borang untuk isi erk..bagusnya...akak pun rasa ada mee usang yang lebih sedap dari Paroi tu ..akak dah lama x pi makan situ..

    ReplyDelete
  3. aduhai kesiannya Khilfi.. maggi sup pun lambat nau nak membuatnye ye? mujur tak kena sound lagi dgn Abah hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau lebih dari 10 orang cirit birit..memang kena senaraikan lah makan apa hari tu...
    Eh, linda plak sengugut semalam.. hahaha...setelah bertahun tak kena senggugut

    ReplyDelete