Hari Isnin masa ammi tengah mengantuk kat office sambil key in office expenditure dari early this year masuklah WhatsApp messages bertalu-talu. Ammi off group notification tapi manjang je ammi nampak phone ammi kekejap menyala. Ehhhh ko ni.
Bila buka whatsapp ammi nampak tajuk JAMUAN RAYA 5 KEKWA dan tengok date ehhhhh seriuslah hari Selasa? Bila cikgu inform dalam group. Ammi macam tak perasan pun. Ammi macam ehh apa benda nak bawa ni.
Ammi pun calling-callinglah along ammi kot-kot dia ada talian hayat dan Alhamdulillah...settle masalah. Kita order, bayar dan malam along hantar ke rumah.
Balik semalam lelaju ironkan baju raya dia. Kita guna baju raya tahun lepas jelah ye Alip. Baju tahun ni Kurta. Macam tak best pulak. Kelas Alip ni di tingkat 2, tapi kenapa ada roller shutter dibelakang kelas? Dewan sekolah ni kat tingkat 2 ke?
Eh, ada pulak kembaran sama warna di situ.
Antara makanan yang disediakan oleh parents.
Yang ammi bekalkan ada di dalam cooer box.
Ammi bawakan ini je. Oreo choco pop. Sebab ada coat dengan coklat jadi kena biarkan dia sejuklah. Takut mencair je karang apa pulak rupa coklat tu.
Next year kalau bawa aiskrim pun best jugakan. Tapi cooler box kena yang padulah. Kalau guna yang ini macam hmmmm.
14 Comments
Anak2 beraya sesama kawan2 memang seronok. Ais krim memang laku keras kalau bawak untuk majlis Raya di sekolah.
ReplyDeleteooo dh start jamuan raya kat sek yer..my boys tak de inform apa lagi so far...tp i look fwd utk jamuan raya kat sek my razeen (sek alhuda) sbb every year sgt byk food yg sedap2
ReplyDeletehari ni anak no 2 ada jamuan raya di sekolah, minggu depan 3 org... mcm biasa sy masak pasta je lah mgu dpn... hari ni masak meehoon goreng tomyam je
ReplyDeleteWah...ye skrg sibuk jamuan raya..adik2 akak sibuk mencari menu nak masak apa segala..nasib akak dah x perlu melayan benda2 macam...
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri untuk kak ammi sekeluarga. maaf zahir dan batin
ReplyDeletemenarik jugak eh choco pop ni
ReplyDeletebkn mak ayah je ada jamuan raya...ank2 sekolah pun...wah ada Oreo choco pop..sedap tu
ReplyDeletedaktiga lom lagi, kena stanby kewangan je satgi ni. mau order juga.
ReplyDeletebiasanya dorang menu simple ja. buat ada-ada. spegeti. mi goreng. koktel.
Awal ye jamuan raya Alip...
ReplyDeleteAnak² asrama PH nx week rasanya. Yang gegirls hujung bulan. Cikgu belum bagi menu, harap yg senang² sudah
lepas raya, kita sibuk jamuan raya pulak, open house
ReplyDeleteOreo choco pop? Tak pernah makan. Nak satu! :D
ReplyDeletewaahhh bestnyaaa jamuan raya kelas! baaanyakk makanann hehehe
ReplyDeleteDia kalau sibuk, time tu lah whatsapp sibuk jugak. Nak kena jengah jugak kaedahnya. Mujur ada talian hayat. Kalau tidak, mati idea nak bawa apa kan.
ReplyDeleteBaguus juga ada acara begini. Tak pernah terjadi di sekolah anak2 saya 😅. Ntahlah Krn sekolah goverment kah. Tp banyak sekolah swasta saya tanya juga tak ada jamuan raya begini. Padahal bagus juga kan
ReplyDelete