Ammi dah daftarkan anak-anak untuk satu acara larian since Februari rasanya. Sebagai mak yang zalim ammi daftar je tanpa tanya dengan anak-anak. Sebab macam mana nak tanya, bebudak ni kat asrama. Ok tak justification camni? Ammi dapat tau tentang larian yang boleh dapat markah PAJSK ni pun daripada salah sorang parents yang merupakan cikgu yang ada dalam WhatsApp group sekolah Kyra.
Kalau 20km memang ammi tak registerlah, tapi ni cuma 5km je jadi kita anggap jelah ini adalah 'kacang' bagi anak-anak remaja. Heiiii mak korang ni dulu acara jarak dekat masuk, jarak jauh pun heboh nak masuk.
Jadi hari Jumaat lepas marilah kita laksanakan apa yang patut. Lepas ni cuti bulan 5 baru Kyra boleh balik. Tak sempat pula nak selesaikan larian nanti.
Ammi dah selesai berjalan satu pusingan, ammi tengok budak ni terpisah dengan kakaknya. Pastu dia datang kat ammi dan cakap "abang macam dah lari lama tapi baru 3km. Bila nak habis?". Rupanya dia lari di loop yang kecil. Kejap tu kakak sampai ditempat ammi tunggu ni dan kakak lagi sikit je nak sampai 5km. Tapi dia ajak kakak teman dia buat larian di loop yang besar sebab dia takut. Ehhhh patutnya kakak yang ajak dia teman, terbalik betullah budak ni.
.png)
Akhirnya mereka sampai dengan muka gembira sebab dah berjaya hit 5km.
Kyra dapat 5.85km dan Khilfi 5.13km. Macam mana dia boleh terpisah haluan dengan kakak ntah. Mengelamun agaknya tengok orang memadu kasih kat lake garden.
Dorang punya berlari campur berjalan-jalan manja. Ammi punya acara berjalan lenggang Mak Mila je. Alhamdulillah walaupun perut memulas mintak hampun. Masa lalu kat tandas awam elok je. Bila dah jauh sikit dari tandas baru nak start memulas. Ehhhh ngada tau.
Minggu ni juga akan berlangsung pertandingan bola jaring Inter SBP Zon Johor Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan) yang akan berlangsung di sekolah Kyra. Kyra jadi salah sorang pemain untuk sekolahnya. Dia jadi GK kalau tak silap ammi. Dia risaulah juga sebab katanya pasukan dari TKC dan STF kuat-kuat belaka. Takpelah kakak, dorang dah main sesama dari tingkatan 1. Kakak and team baru je start tahun ni. Just do your best dan buktikan sekolah terpaling baby pun boleh fight juga. Kemonnnn SESS.
8 Comments
ye betul tu Kyra..blom cuba blom tau kan..akak pun blom start2 lagi briskwalk ngan en shuben tu...banyak alasan mamat tu ye...syg lemak la apa la..dia ingat hensem sgt ke dia perut dah makin besar..eh...
ReplyDeleteEh, itu bukan ibu yg zaim...
ReplyDeleteItu ibu yang diktator!
hehehehhe
adoi la..aku ni bila la nak mula balik ni kannn
ReplyDeleteselamat hari raya beb, maaf zahir batin.
ha kyra, x nak try resepi Mummy Ayu kan, dah x jadi kuih raya nya
Alhamdulillah setel dah ye 👍🏻
ReplyDeleteAll the best Kyra. Jadi tuan rumah mesti kena menang hikhik 😁
Syabbasss mommy and kids!!
ReplyDeleteSelaku mak yang zalim, ye... hehe... baik anak-anak ha, ikut je cakap ibu.
ReplyDeleteTahniah anak-anak, dapat habiskan 5 km.
Terbaik Ammi. Dapat juga dorang buat aktiviti sihat. Setakat 5 km kacang je bagi dorang. Taman Tasik ni sentiasa meriah ramai orang. Tapi tulah kita ni tak sampai-sampai lagi. Tengok track macam seram je nak habiskan satu pusingan. Nampak jauh je. hehe...
ReplyDeleteHahahahah tak terbayang kalo yg 20km diikutkan yaa 🤣🤣. Saya pun menyerah juga kalo sepanjang itu 🤣.
ReplyDelete