Boleh gitu tajuknya? Hahhah tak mari pulak idea nak letak tajuk.
Hari Jumaat ammi tak masuk office tapi ada kerja untuk dibuat dirumah. Dari haritu dok hadap benda ni kat office tak siap-siap. Memang banyak sangat nak di'compile', camna nak siap sehari dua. Takpe mudah-mudahan ammi sempat siapkan sebelum tarikh akhir filing.
Kita buat kerja dalam bilik Kyra jelah. Tiada gangguan makhluk berbulu berkaki empat. Kalau tak tu sibuk betul dorang tu. Nak buat kerja ni memang kena pakai 2 monitor sebab banyak nau tingkap nak dibuka.
Bila duduk kat dalam bilik Kyra, alahai terbit pula rasa rindu. Inilah tempat "berkubang" dia. Masa form 3 (dia tak duduk diasrama lepas kami pindahkan sekolah). Memang balik sekolah jam 4.00 petang tu dia banyak habiskan masa dalam bilik ni. Dengan homework, dengan layan "mata" dia. Kiranya sejak kami pindah balik ke Seremban, cuma setahun jelah Kyra fully utilized bilik dia ni. Masa form 4 dia dapat tawaran ke SBP, jadi kosonglah bilik ni.
Dah rindu kat anak, kita tengok jelah gambar yang di lekatkan kat board dia. Gambar classmate darjah 3 dia. Ammi pun taktau samada dia masih keep in touch lagi dengan semua yang ada dalam gambar ni atau tidak. Pernah sekali dia kata ada sorang kawan sekolah rendah dia cakap "sorry, I don't remember any of my primary friends"... hahahh hangin je Kyra. Ayat Kyra masa dia cerita kat ammi "hmmm, sombong amat dia tu".
Insyaallah, awal bulan 5 nanti kita jumpa ye. Kyra memang tak boleh balik tapi kita jelah pergi jenguk dia disana. Tapi ni tak jumpa pun stok makanan tetaplah dia request juga. Ammi ni selalu tertunggu-tunggu si bujang tu request makanan tapi dah hampir 3 tahun di asrama, tak pernah lagi dia call suruh hantar jajan. Tapi anak dara ni..aduhaiiii.
Petang semalam dah sampai makanan yang dia nak tapi pagi tadi masa dia call katanya dia belum terima lagi. Pastu boleh tak dia call tanya lagi "ammi taknak ke belikan makanan lain untuk kakak?"... ehhhhh dia ingat kos penghantaran tu percuma ke agaknya. So, jawapan ammi, makan je apa yang ada. Kalau abah ammi datang visit nanti baru kita beli lain. Nak SPM tapi sibuk nau nak jajan.
Haritu dia yang beriya request nak nachos. Dah beli nachos benda lain pulak dia nak.
0 Comments