Tau-tau sampai Segamat

Hari Sabtu lepas lebih kurang pukul 9 pagi kami gerak ke Segamat.  Itu pun macam nak pergi ke tidak, nak ke tidak.  Tapi masa sarapan tu kita decide, yes kita pergi demi untuk menyokong anak yang bermain.

Ini tahun terakhir dia disekolah.  Kenapa tiap kali ada peperiksaan besar baru nak wakil sekolah ek?

Dulu masa dia sekolah rendah (darjah 6) dia wakil sekolah, pastu dapat jadi wakil zon Bangsar untuk bertanding peringkat KL.  Kemudian ada selection untuk main untuk KL dan masa tu memang ammi ada buat satu entry di blog lama ammi.  Ammi punyalah berdoa dia tak terpilih sebab ammi nak dia fokus kat UPSR dan PSRA.  Jahat tak doa itu.  Dan dia memang tak dapat.  Legaaaaa.

Tup-tup tahun tu (2020) buat pertama kalinya UPSR dimansuhkan gara-gara Covid durjana.  Dan dialah batch pertama tanpa UPSR yang akan berjuang akhir tahun ni untuk SPM.  Dan tahun ni jugaklah dia terpilih wakil sekolah.  Aduhaiii anak oooii.



Team sekolah Kyra and Kyra taktau pun kami nak datang.  Kita bagi kejutan jelah.


Dah sampai di Gemas lelaju ammi buka apps Zus dan order kesukaan dia.  Cocoa Mocha Frappe.  Selalu dia ambil tanpa whipped cream dan ammi tersilap pulak kali ni.  Lupa nak uncheck whipped cream tu.  Manishhhh lah pulak jadinya.  Selalunya just nice je sebab pilih yang less sweet.

Sampai je di Gelanggang Terbuka sekolah bersebelahan sekolah Kyra, memang ada team yang tengah main.  Ammi pun tanya jelah budak-budak lelaki (pom-pom boys) yang pakai baju sekolah Kyra.  

Ammi:  Dik, team SESS duduk kat belah mana?
Budak lelaki:  SESS tengah main ni acik.  Anak acik main ke?
Ammi:  Aah, Kyra.
Budak lelaki:  Ohhh tu dia GK.

Pastu ammi dengar, dorang cakap "mak kamarul".  Hahahhaha...apooooo panggil nama anak den Kamarul.  



GK sedang beraksi.  Masa ni team SESS tengah lawan team Sekolah Tun Fatimah.  Tak dinafikan memang mantap team STF ni.  Passing bola, sambut bola semua tiptop.  Rasa kalau letak telinga sebelah bola yang dorang pass tu confirm boleh dengar bunyi sup sup. Nak tunjuk betapa lajunya bola dorang.  Team Kyra kalah 17-2.

Dan rasanya untuk semua game yang melawan STF memang dia bagi lawannya single digit je.  Terror korang ni Tigrine.



Team sekolah dia layak main 3 round je.  Takpelah.  Adik-adik junior SESS yang lain dah boleh training dari sekarang untuk mantapkan skill passing dan sambut bola.  Mana tau next year SESS boleh sailang STF jadi johan SBP Johor pulak.


Family photo untuk kenangan. 

Pukul 3 camtu kami dah gerak balik Seremban.  Kejap jumpa hujan, kejap jumpa panas, kejap jumpa jalan yang air naik.  Alhamdulillah dalam 6 lebih kami sampai Seremban tapi tak terus balik rumah.  Singgahlah pulak di AEON Seremban sebab si emak dah menggigil nak beli laptop.  Sakit pulak hati dengan laptop kat rumah yang dah sendu je.

Ammi belum cakap dengan Kyra & Khilfi kat rumah ada laptop baru.  Kalau tau confirm dorang excited.

Post a Comment

6 Comments

  1. tahniah kerana berjaya mewakili sekolah..

    ReplyDelete
  2. Somban segamat balik hari pun boleh Ammi.Tak jauh. hihi...Dulu zaman sekolah, kita dengar STF pun goyang. Memang hebat lah ek sampai sekarang. Takpo kalah, kot ado joki monang nanti kan.

    ReplyDelete
  3. amboiiii makkk mcm jahat pulak mak doa gitu kat anak hehehe.. eh tp try doa lagi yg lain pulak utk kalini hehehe

    ReplyDelete
  4. Aduh rezeki anak tu asyik terpilih aje.. tapi tu lah dh nak SPM kan.. bila darjah 6 tu bru nk menyerlah.. bagus mak nya berdoa sbb mak nya tahu yg terbaik..

    ReplyDelete
  5. Wajib datang tu... tak jauh kan hehe.. Kyra pasti gembira family datang bagi sokongan.
    Takpe.. SESS sekolah baru.. satu hari nanti pasti berpeluang berada di atas.

    ReplyDelete
  6. congrats kyra!! waaahhh ammi dh ada laptop baru yer..tahniahhhhh

    ReplyDelete