Ammi balik semula ke Seremban pagi raya ke-3. Balik awal sebab ammi nak pergi ke JPN dan reprint surat beranak Kyra. Ammi pun tak perasan kat mana ammi terselit. Rasanya last pakai masa dia mendaftar di SESS bulan June 2024. Sijil-sijil lain ada tapi surat beranak dia tak ada. Ammi perasan pun masa nak buka akaun tabung haji anak-anak. Puas mencari di setiap bilik, dalam file yang memang simpan dokumen penting, dalam file sijil-sijil sekolah anak-anak. Setiap pages ammi selak dan check in between just in case memang terselit. Ternyata gak ada.
Sampai Seremban, kita masukkan dulu baju kotor dalam mesin. Abah gigih cuci kereta depan rumah sebab entah mana datangnya bau o-oit kucing. Puaslah kita ni menahan hidung all the way from Melaka to Seremban. Padahal tapak kasut semua orang clear dari terpijak.
Lebih kurang 11.30 kita keluar dari rumah, sampai di Wisma Persekutuan ambil nombor dan yes, tak perlu tunggu lelama. Mungkin orang lain dah datang awal pagi kot. Atau mereka masih gigih beraya. Nak mudahkan proses ammi memang bawa salinan surat beranak dia, salinan IC ammi. Lebih kurang setengah jam settle masalah kami. Caj bayaran cetakan semula RM5 sahaja. Yeay, esoklah kita buka akaun tabung haji ye.
Settle tu kami gi makan di MyViets dan balik. Ammi ni mengantuk level apantah. Tetengah tidur petang tu tiba-tiba rasa perut memulas-mulas. Lama dah ammi ni tak kena diarrhea waktu hari raya. Dulu rajinlah juga kena sebab sejenis tak reti control portion makanan. Sekarang sejak dah tau badan senang naik payah nak turun, pandai dah senduk sikit buat ghaso-ghaso.
Entah apa yang silap tak taulah. Makanan hari raya atau makanan di MyViets? Tapi yang lain ok je.
Dari hari Rabu petang sampai ke hari ni masih belum sihat sepenuhnya perut ni. Paling teruk rasanya hari Sabtu. Ammi sampai tak ikut abah & anak-anak gi beraya di rumah adik ipar sebab ammi dapat pakej demam dan diarrhea. Solat pun sejenis tak dapek do nak baca bacaan rukuk sujud tu 3x. Lepas je bagi salam memang tak sempat nak berzikir ke berdoa ke. Memang zas cabut telekung dan berlari berjumpa Encik Tan. U jahat tau Encik Tan!
Memula makan je stok yang ada kat rumah. Bila tak jalan juga kita beli jelah sekotak lagi.
Sabtu malam masa abah balik tu, abah belikan ubat ni dari farmasi. Norit tu mesti stands for NO CIRIT agaknya kan ahaksss. Makan ni Alhamdulillah dapatlah ammi tidur dengan aman hari itu tak seperti malam sebelumnya.
Harap-harap dah takdelah drama jumpa Encik Tan lagi hari ni.
3 Comments
Eh...akak pun sama, demam dah elok..lepas tu sampai hari ni cirit birit...padahal x makan apa pun..makan roti ngan buah je...tekak masih pahit nak makan...
ReplyDeletepenat oo kalau kena ceri beri ni.. lemah je badan.
ReplyDeleteHarap semua dah ok ammi.
fuh...linda jarang kena cery bery..minta dijauhkan lah..tengok org lain berulang kali ke tandas, linda kalau kena pun, sekali dua je...lepas tu lega dah, alhamdulillah
ReplyDelete